ah weekend yang relek.
apa aku buat? malam jumaat aku pergi ke Bellevue untuk tengok cerita 'Zombieland' dengan Hafid dan kawan Thai dia yang suka racing kereta. Cerita tu aku rate 8/10 freakin hillarious man, masa intro dia slow motion Zombie2 kejar orang2 bersama lagu Metallica 'For Whom the Bell Tolls' aku tergelak2 gila..classic scene enough said ...
hari Sabtu aku lepak rumah , pergi Wal Mart (rujuk cerita aku di rompak nenek di bawah) dan aku pergi open house seorang kakak ni yang tinggal di Issaquah WA. Dia berkahwin dengan seorang Korean di sini so anak-anak dia nampak macam orang jepun tapi yang agak 'tanned' lebih kurang macam surfer2 jepun yang aku pernah jumpa di Cherating semasa aku surfing di monsoon season. Hey monsoon season is coming soon! surf's up! :)
sambung cerita - setelah aku makan 2 pinggan nasi kerabu dan 2 mangkuk bihun soto aku relek2 di atas couch. Ada dua gadis seorang umur 14 tahun (Aisyah) dan Amina (or something like that) umur 24 tahun. Mereka hairan dengan rambut botak ku yang licin.
Aisyah tanya kalau boleh dia boleh pegang kepala aku , aku cakap go ahead je la
Amina pula hairan dan tanya dengan accent American dia (dia dah duduk di US sejak umur 10 tahun sampai 24 tahun)
Amina: 'why is it so smooth??? I don't think I can get that smooth shaving my legs!'
aku pun tak tau nak cakap apa especially bila dia compare kepala aku dengan kaki dia (mental image her shaving her legs comes to mind for about 1 sec but I quickly shut that thought down, for obvious reasons) pastu aku reply:
'maybe it is the way you shave???'
tu jela peristiwa open house di Seattle yang aku mahu ceritakan kali ini..
sekian terima kasih