hari ni..aku pegi lagi sekali ke Malaysian Hall
rasa bersalah lama tak pegi Terawikh setelah mendengar Khutbah Jumaat oleh seorang Pak Arab ni..kata nya malam ni maybe Lailatul Qadar..
memang rasa agak bersalah sedikit kerana puasa ni aku rasa cam orang kata setakat puasa lapar je..cam tak rasa berkat di hati
so tadi sementara mendengar khutbah Pak Arab sorang ni sambil melihat sekeliling dewan music Royal Holloway University (ada xylophone and marimba bersepah, bila depa ni nak dpt masjid sendiri?) aku berazam la utk pegi Malaysian Hall nak terawikh..
sebenarnya aku work from home hari ni..hantar 5 kotak balik ke Malaysia jadi kena tunggu courier datang utk pickup kotak2 itu..lepas solat Jumaat aku pikir 'takpelah jom pegi client site Xerox di Uxbridge, lepas tu boleh pegi central London and check out Malaysian Hall kejap! boleh aku claim tambang ke London itu sebagai apa itu orang panggil 'project expense' he he he
lalu aku call taxi dan pegi ke Uxbridge (30 min dari kediaman ku) dan sampai pukul 3.15 petang. SAMPAI PUKUL 3.15 PETANG KE CLIENT SITE?!!! ON A FRIDAY?!? APA GILA KONSULTANT SORANG NI..aku terpikir dalam hati..takpelah..kita kan zaman maju..skrg tele commute je..datang opis bila perlu..boleh cut carbon emission bak mat salleh kata ..'green lifestyle la you'
dah la sampai kul 3.15pm, tepat 5.30 pula aku bergerak ke stesyen tube Metropolitan line pegi ke Baker Street dan amik Bakerloo line ke Piccadily Circus. Aku mengidam Chicken Katsu Curry di Tokyo Diner yang berada di area Chinatown so aku pegi situ makan dulu. Kemudian aku rasa lapar..lalu dalam hati aku terpikir 'hmm pegi area Malaysian Hall tu ada kebab bes..Taza Kebab namanye..'
aku bergerak lah ke Bayswater, mengambil tube dari Leicester Square stesyen , ambik Northern Line dan tukar ke Central Line di Totenham Court Road , dan exit dekat Queensway stesyen. Dari situ aku berjalan lah ke Malaysian Hall..di depan Malaysian Hall aku boleh nampak melalui tingkap '..hhmm takde orang start solat lagi ..maybe awal lagi kot..baru kul 8 ni, depa solat time kul 9 camtu, takpelah turun kantin minum teh tarik jap'
dengan macho nye aku turun ke kantin, aku hari ni pakai lengkap sebagai seorang konsultant IT separa berjaya siap dgn kasut leather cokelat konon nya dari Italy tapi beli kat KL je bersama baju shirt double cuff aku yg di matching kan dengan cufflink dari negeri China hadiah colleague aku Hong Li Tan, So aku perasan macho dan turun ke kantin utk minum teh tarik..
di dalam kantin , aku terkejut! aku melihat gadis yg sama yg aku nampak exactly 18 hari lalu di tempat yang sama yang membuat kan aku menyanyi lagu James Blunt 'You're Beautiful' sepanjang minggu..
Panik! dia sedang makan dengan kawan dia..kantin itu busy..takde tempat duduk..aku berpura2 melihat sekitar kantin seolah2 mencari kawan aku yg invisible dan yang kononye ada tengah tunggu aku juga di kantin walaupun sebenarnya aku nak melihat lagi kepada gadis itu
tapi aku tau sape lah aku ni..aku ni hanyalah jejaka yg datang kerja di ofis pada 3.15petang di hari jumaat, mesti gadis ni yg sungguh comel sudah mempunyai kekasih bekerja di London sebagai Investment Banker or something, takpelah..kerana kesedihan..aku teringat misi aku untuk mencari kebab..lalu aku pergi lah makan kebab..dan kembali terawikh di situ
itu la sahaja kisah malam ni..
pengajaran di sini : kalau nampak gadis yg anda minat , ajak la dia berkebab sama..he he
babai
Friday, 26 September 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
bro...should have gone for it la...mana la tau...
anyways, since raya dah dekat, selamat menyambut eidul fitri di perantuan, semoga ibadah kita di bulan ramadan di terima Nya dan di panjangkan umur untuk berjumpa ramadan yang akan datang...insyaAllah...
jumpe kali ke-3, cube-cubela ajak berkebab ^_^p hehehe! mane tau kan,kan...
hehe thanks guys :) yeah should have gone for it..sigh
Post a Comment