Tuesday, 9 September 2008

Kedai Piring Hitam di Soho

Soho adalah kawasan trendy di bahagian West End London. Dulu tempat ini ada lah sarang pelacuran tetapi sekarang mempunyai seleksi kelab malam , pub dan restaurant yang menarik sekali. Saya hanya pernah makan di kedai Morocco di situ dan ia amat la sedap rasanya - macam saya berasa di padang pasir bila makan daging panggang campuran bersama nasi arab itu.

bapa saya pernah bercerita dengan pakcik saya bahawa nasi arab ada lah sungguh sedap lalu pakcik saya yang mempunyai bini kedua arab singapura berkata 'itu baru nasi bang jamal!' sambil ber'hint2 kepada bapa saya ..kami hanya gelak sahaja dan sungguh ironi kerana bapa saya bercerita pasal nasi arab itu kerana dia baru pulang dari haji

oh saya terpesong cerita pasal kawasan Soho ini..sesetengah kawasan di Soho ini boleh di kata kurang memuaskan dan juga tidak sesuai utk kanak2..bak kata Mat Salleh 'this joint is dodgy man'

tapi di situlah tempat sesuai untuk mengambil gambar-gambar jalan (street shoot) terutama gambar - gambar black and white..







tempat-tempat yang agak tidak sesuai utk kanak tapi bagus untuk ambil gambar hitam putih

ada sekali ibu dan bapa saya datang London melawati saya , dan semasa di Chinatown saya membawa mereka ke Soho sebab ia adalah jalan pintas ke kawasan Oxford Circus. Masa kami berlalu di depan jalan Great Windmill Street , terdapat beberapa gadis berpakaian agak seksi yang melambai di depan 'kedai' mereka ke arah saya dan bapa saya. Mak saya menjerit 'apa ni OMAR bawa UMMI ke tempat2 ini!!!'

'ala ni short cut je..kejap lagi sampai Oxford Circus..leh shopping kat Debenhams'

di satu sudut Soho , terdapat satu kedai vinyl LP jual second hand yang selalu saya pegi. saya tak mempunyai pemain piring hitam tetapi saya suka masuk kerana rasa kan ia amat cool sekali , berpura2 melihat dan browse semua piring hitam bagaikan seorang music connoisseur, malang nya saya tidak mampu untuk memiliki pemain piring hitam idaman saya - technics sl1200..



ok itu sahajalah..saya sebenarnya agak frust dengan kerja saya dan project management saya hari ni..tapi sebab puasa saya sabar je dan menchannel kan kebengangan itu ke blog yang tak seberapa ini..

sekian terima kasih




1 comments:

red said...

bro...angkat la sat rega buat balik...