Cerita 1
Hari ini aku membuat panggilan kepada Wendy , kawan aku yang tinggal di San Francisco. Harijadinya baru lepas di tengah bulan September lalu aku call dia semasa makan di restoran vietnam kegemaran ku , Pho on Broadway (sila rujuk cerita 2 di bawah)
Wendy menyambut harijadinya dengan lawatan ke Hawaii selama 4 hari. Aku lalu bertanya kepada dia 'How was Hawaii?' dia berkata dia jatuh cinta dengan laut di Hawaii. Aku tanya dia kalau dia sudah pandai berenang kerana sebelum ini dia tak pandai berenang , tapi dia kata dia masih tidak boleh lagi berenang. Aku bertanya juga jika ada banyak surfer di area Wakiki beach - dia kata banyak surfer pegi North Shore (40 minit utara dari Waikiki Beach) kerana ada big swell yang datang dari Alaska.
Aku jeles dengan orang yang dapat pergi Hawaii.
Cerita 2
Al kisah nya aku suka makan soup vietnam untuk lunch break di sini.
paling kurang dalam seminggu itu mesti pergi sekali untuk mendapatkan sup itu yang lebih dia kenali sebagai 'Pho' ( di sebut 'Fe' bukan 'Fo')
hari ni aku pergi semula ke restaurant itu setelah sebulan tidak pergi di situ kerana puasa dan balik ke Malaysia. Seperti biasa aku order Pho Ga bersama Shrimp Spring Roll. Semasa membayar makanan aku , pengusaha kedai tersebut tanya kenapa dah lama tak datang lalu aku jawablah aku puasa sebulan lepas tu balik Malaysia. Pastu dia terkejut dan berkata 'I was in Malaysia for one year!'
Aku terpikir lah kisah2 yang dia pernah bercerita yang dia ini dulu jurujual kereta di Seattle etc lalu aku bertanya 'were you working in Malaysia that time?' pastu dia gelak 'HA HA HA no I was a refugeee..at Pulau Bidong in Terengganu'
tambah dia lagi 'I used to sell food to the malay there..they taught me how to count in Malay .. Satoo, DUA..teega...ampattt..limaaaa'
rupanya dia ni seorang pelarian Vietnam pada masa itu dan lepas Malaysia dia dapat pergi ke US dan memulakan hidup baru, jadi jurujual dan boleh buka restoran di sini. Kita ni yang hidup senang pun mungkin takkan berjaya seperti dia..
itulah kisah kali ini
ya aku sudah pulang ke tanah kelahiran Starbucks dan music grunge ( dah balik Seattle le)
lagi beberapa bulan lagi harap2 lah dapat balik Malaysia for good
Tuesday, 29 September 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment