Cerita 1Minggup lepas semasa aku berjalan2 di sekitar pekan Everett (tempat client site aku) sambil mengambil gambar dengan kamera filem F100 aku , aku terlihat satu kedai Brooklyn Pizzeria.
Aku memang meminati pizza ala NY kerana ianya ada lah nipis , macam pizza2 yang pernah aku makan semasa aku backpacking di Italy dulu.
Aku bertanya kan kepada Kristy , team member aku , jika dia pernah makan situ - dia kata pizza itu nipis sangat dan dia terpaksa order 2-3 keping untuk kenyang. Jadi dia tak berapa suka tempat itu.
Cerita 2Semalam aku cuba kedai Brooklyn Pizzeria (rujuk cerita 1). Aku order Napoletana pizza (cheese pizza je) yang berharga dalam lingkungan 15 dollar campur tips.
Setelah tunggu 15 minit seorang pekerja Mexican datang membawa pizza aku - tapi aku nampak ada peperroni. Untuk pengetahuan sekalian, pepperoni di US ni ada mengandungi pork , bukan macam kat pizza hut malaysia
di mana pepperoni mereka ada 100% beef. Aku tanya kepada waitress yang separa kiut (cukup kiut untuk jadi part time model) , 'Excuse me, I think I've ordered medium Napoletena , that does not come with pepperoni right?'
Waitress itu melihat kepada resit aku dan angguk dan berkata 'sorry I'll ask them to make a new one, do you want a free slice to hold you off while waiting for the pizza?'
aku pun setuju saja lah - sekeping pizza percuma sementara menunggu pizza aku di masak semula - itulah baru customer service yang aku suka pasal Amerika ini.
Cerita 3Aku lunch pizza (rujuk cerita 2) dan ada banyak left over. Jadi aku tapau lah di dalam kotak dan letak pizza di dalam kereta kerana aku tak mahu bawa masuk dalam ofis.
Habis kereta aku berbau. Dalam pukul 4 petang begitu aku rasa lapar dan Oh!! teringat pizza di dalam kereta. Lalu aku pergi ke kereta dan makan pizza yang sungguh sejuk itu
Pada masa itu Pizza sejuk itu merupakan pizza paling sedap aku makan sekali , ntah mengapa...Ia macam masa anda masih sekolah dan bangun pagi worrying you'll be late for school and only to find out it is a Saturday! yes that kind of feeling.. :)
sekian tamat
gambar pizza dan restoran akan di upload soon.
:)